Thursday, 28 April 2011

Tazkirah Malam Jumaat UBM | 2 Nikmat yang Manusia lupa - Ustaz Jenggot



Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda dan para sahabat r.anhum.

Ini merupakan entry tazkirah kali ke-2 bagi Ustaz Jenggot untuk UBM ini. Syukur pada Allah s.w.t. kerana telah memberikan kesempatan kepada Ustaz Jenggot untuk terus menulis. Dengan nikmat Iman dan Islam yang Allah masih kekalkan dalam diri kita, maka diberikan kepada kita kesempatan untuk terus berada di jalan yang betul dan sahih ini.

Pada kali ini, Ustaz Jenggot ingin mengajak kepada para pembaca untuk sama-sama memikirkan suatu hadis Nabi s.a.w. yang sangat masyhur :

”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”.

Nikmat kesihatan merupakan anugerah Allah s.w.t. yang tidak dapat ditukar ganti dengan wang mahupun harta. Nikmat ini sering dilupakan disebabkan kehadirannya tidak dapat dirasai. Hanya bila dah hilang nikmat tu, barulah tersedar.

Seorang perokok yang dengan nikmatnya menghisap rokok, takkan terasa betapa duitnya telah dihabiskan dengan sia-sia. Juga terasa nikmat menghisap dan menghembus asap melalui lubang hidung yang luas sehinggalah diberitahu bahawa beliau menghidap kanser paru-paru. Masa tu, barulah terasa kehilangan nikmat kesihatan itu apabila terpaksa menelan pelbagai ubat, melalui pelbagai proses kemoterapi.. Sehinggakan bila dihidangkan nasik lemak sambal paru pun terasa tak lalu nak menelannya.

Begitu juga dengan nikmat masa lapang. Masa muda adalah waktu yang paling banyak terluang. Tambahan waktu belajar. Walaupun sibuk dengan assignment, proposal, kuliah dsb, namun masih lagi punya waktu untuk bersukan, main games, chatting, merendek dsb. Apabila telah tiba waktu sibuk bekerja, maka terbayanglah saat-saat manis sewaktu masa banyak terluang dulu.

Apabila kita menyedari akan nikmat-nikmat ini daripada awal, maka kita akan berusaha untuk mengekalkan nikmat itu tanpa melakukan perkara-perkara yang bakal menyebabkan nikmat itu ditarik oleh Allah.

Waktu muda ini, kena jaga kesihatan. Kerana apabila badan sihat, otak akan menjadi cergas. Bila otak cergas, maka mudah untuk menerima dan memahami pelajaran. Kalau otak tak sihat (sbb selalu tido lewat malam main games ke), maka pelajaran susah nak masuk. Yang selalu nak masuk adalah lalat, sbb mulut selalu menguap.

Juga masa yang ada sekarang ini, perlulah diisi dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat pada masa akan datang. Jika masa yang ada ketika muda, tidak digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman, jika ditakdirkan gagal dalam pelajaran, maka ianya bakal menjadikan seseorang itu susah untuk menguruskan kesihatan dan masa lapang akan menjadi kurang.

Bila gagal dalam pelajaran, ataupun tak aktif dalam persatuan, maka peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik adalah sangat terhad. Jadi, sekalipun tamat pelajaran, tetapi tidak dapat menjawat jawatan yang sepatutnya, menjadikan kita terpaksa mencari apa saja kerja untuk menampung kehidupan. Dengan berbekalkan segulung ijazah, tapi bekerja sebagai juruwang di pasaraya, maka bukan saja ianya tak berbaloi, bahkan ianya akan menyebabkan masa dan tenaga banyak digunakan.

Sudah la masa belajar dah dihabiskan beberapa tahun, masa untuk berehat-rehat dalam pekerjaan juga semakin kurang. Dengan gaji yang tak berpatutan. Ini semua mungkin berpunca daripada nikmat masa lapang yang kita telah abaikan suatu masa dahulu.

Jadi, gunakanlah kesihatan dan masa lapang yang kita ada sekarang dengan sebaiknya. Sebelum ianya ditarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Bersyukurlah dengan dua nikmat yang dikurniakan ini dengan cara menjaganya dengan sebaik mungkin. Semoga Allah menambahkan lagi nikmat-nikmat yang lain hasil sifat syukur atas nikmat yang ada.

WA


Ustaz Jenggot

9 comments:

ryena asyran said...

hoho..manusia sering je lalai,,tu yg kna sllu diperingatkan :)

mahirahnazlim said...

terima kasih ustaz jenggot utk tazkirah malam ni :)

mmg ramai yg lalai dan tak sedar ttg pentingnya kesihatan dan masa lapang trmasuk sy jugak .

selalu abaikan kesihatan dan masa lapang suka dibazirkan .

diharapkan ini dapat menyedarkan semua :D

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

manusia kan slalu buat salah.. takkan lari dri sbrg kesilapan..

alia nadhirah said...

betul, remaja2 especially slalu lupa akan 2 nikmat ni. thanks for reminding :)

The Islamic Thinker said...

Assalamualaikum. Ustaz Jenggot dan sekutu2nya. Hik3...

”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”.

Alhamdulillah, insaf rasa bila baca artikel nih...

Sentiasalah bersyukur dgn nikmat ALLAH samaada dengan hati, ucapan, dan perbuatan. =)

nunui Joe said...

semoga kita selalu mengingatinya. Amiin.. terima kasih ustaz :)

puterinuraqiliah said...

thaanx a lot for the tazkirah^^
manusia mudah lalai dgn nikmat dunia.

IrfanzBlog said...

terima kasih kerana mengingatkan...inilah tugas manusia sebenarnya..saling ingat mengingati...

.................cP~ said...

salam.

demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.

(uh, berblogging tak ingat..)

Students

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger