Thursday, 21 April 2011

Tazkirah Malam Jumaat UBM | Fokus - Ustaz Jenggot

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda serta para sahabat r.anhum.

Pertama kali Ustaz Jenggot menerima jemputan menulis entry daripada pihak UBM, membuatkan Ustaz Jenggot berasa sangat terharu sehingga menitis air mata ke janggut ini. Ini merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai buat Ustaz Jenggot.

Sebenarnya, Ustaz Jenggot pun tak berapa pasti nak menulis entry berkisar apa.. sebab Ustaz Jenggot pun masih bertatih lagi dalam arena penulisan ni.. Kalau arena percakapan, memang pengalaman tu sangat luas.. Bercakap dengan jin pun pernah.. hehe.. Tapi, takde la Ustaz Jenggot nak buat entry pasal jin plak.. Kalau nak tengok atau dengar cerita jin, bleh tinggalkan sekejap internet, dan sila buka tv. Bersepah-sepah cerita pasal jin.

Panjang plak mukaddimah entry ni.. Apapun, sebelum terlupa, Ustaz Jenggot ingin mengucapkan selamat datang kepada para pelajar UBM yang baru sambung belajar ke universiti maya ni. Belajar la bersungguh2 dan jangan banyak bermain.. Ingat kat mak ayah yang dah susah2 hantar anak2 ke universiti.. cewahh.. emo la plak..

Entry pertama ni Ustaz Jenggot nak sentuh berkaitan soal fokus. Dalam setiap perkara, dah tentu ada fokusnya. Hatta kamera pun ada fokus.. kalau takde fokus, blur je gambar nanti. Begitu juga dengan mata.. kalau takde fokus, dah tentu kita tak dapat bezakan antara kawan dan tiang lampu.

Dengan adanya fokus, maka lebih mudah kita nak mencapai matlamat kita. Tanpa fokus, hidup akan terumbang-ambing dan kabur. Akhirnya otak jadi stress dan wayar jadi putus.. terus kena sakit mental.

Dalam menentukan fokus yang sesuai, kita kena tengok situasi kita berada. Contohnya, jika kita berada di dalam kelas, sudah tentu fokusnya adalah cikgu yang sedang mengajar di depan. Kalau kita sedang memandu, maka fokusnya pula adalah pada pandangan hadapan. Sebab kita berjalan / memandu ke depan.

Dengan fokus yang betul, maka ia bakal menentukan kejayaan pekerjaan yang kita lakukan. Fokus pada pelajaran, maka pelajaran akan berjaya. Fokus pada kerjaya, maka kerjaya akan berkembang. Fokus pada bisnes, bisnes akan menjadi maju.

Banyak perkara yang boleh menghilangkan fokus pada matlamat yang kita sedang usahakan untuk mencapainya. Ini bergantung sejauh mana kekuatan kita dalam menanganinya. Kalau tak pandai manage, memang akan berlaku seperti mana yg dinyatakan dalam peribahasa ”yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Jadi, buat para pelajar UBM, Ustaz Jenggot nasihatkan agar terus fokus pada pelajaran. Jangan jadikan isu cinta, isu keluarga dan sebagainya mengganggu fokus untuk terus berjaya dalam pelajaran. 

Selamat berusaha dan berjaya.


Ustaz Jenggot

14 comments:

Novelgurl said...

Waalaikumussalam

right2..thnkss utk nasiht tu..
fokus2 ~ ;D

cik azeya said...

baiklah ustad, lepas ni saye akan jadi lebih fokus. hocus focus.

Nizam Rahman said...

Final exam sudah tiba...
marilah kita fokus ~_~

Terima kasih ustaz jenggot ^_^

Khai said...

fokus ye ustaz? makasih ok. fokus fokus. seronok masuk kelas ni. habis kelas xde assignment. x mcm kt kampus. :P

Dududu said...

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL :D

iemah said...

waalaikumussalam...
tima kasih atas nasihat ni...
smg sy mjdi lebih fokus dlm menimba ilmu...

iemah said...

waalaikumussalam...
tima kasih atas nasihat ni...
smg sy mjdi lebih fokus dlm menimba ilmu...

Shahrul Izwan said...

Betol tu ustaz!
Enjoy2 jugak tapi fokus pada matlamat asal jgn abaikan! :)

iemah said...

waalaikumussalam...
terima kasih atas nasihat...smg sy mjd lebih fokus dlm menimba ilmu..

nUr _ atiQah said...

Waalaikumussalam,,
tanpa fokus kita akan kecundang..
kerna tanpa fokus nafsu akan menang...kan ^^~

SHM said...

fokus..topik yg jarang2 dibincangkan..

anakmuda said...

saia setuju sesangat ngan ustaz.. :)

anakmuda said...

saia setuju sesangat ngan ustaz.. :)

Wanieda said...

Waalaikumussalam..
Bagus nasihat ini..
Dijemput semua blogger sertai first contest di blog saya..
http://waniedashops.blogspot.com/2011/04/jom-join-contest.html

Students

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger