Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersempena malam jumaat ni, jum sama-sama kita mengambil peringatan sesama kita. malam jumaat bukan ingat nak ‘projek’ je okeh mahasiswa sekalian :) . dan bersempena UBM ini baru bermula, mari kita bincangkan satu topik paling asas iaitu NIAT.
daripada saidina umar al-khattab meriwayatkan :
aku mendengar rasulullah bersabda “setiap amalan itu adalah berdasarkan niat dan setiap perbuatan itu berdasarkan apa yang diniatkan”
dari hadis diatas, dapatlah kita simpulkan bahawa ternyata niat ini adalah salah satu elemen yang terpenting yang telah digariskan oleh baginda rasul sebagai panduan kepada kita. tapi adakah kita sedar dan tahu apakan itu makna sebenar niat? dalam bahasa yang mudah, niat bermaksud lintasan hati. dan kenapa niat dikatakan penting? jawabnya ialah, dengan niat akan mendorong kita melakukan sesuatu. dengan niat juga akan menentukan natijah setiap perbuatan kita.
dalam satu perumpamaan yang lain yang membayangkan kepentingan niat, apabila seseorang anak adam itu berniat untuk melakukan kebaikan, nescaya dia akan diberi pahala. kalau tak berniat? maka rugilah mereka.sebagai contoh, kalau sebagai mahasiswa, berniat pergi ke kelas,untuk menuntut ilmu demi kebaikan,demi keredhaan, nescaya sepanjang hari dan sepanjang kita menuntut ilmu itu, akan disediakan ganjaran. berbaloi kan? hanya dengan sekadar niat. mungkin ada yang mengambil enteng isu niat ini. tapi inilah sebenarnya kepentingan dan kelebihan niat. segalanya bermula dengan niat. tanpa niat tiadalah perbuatan. tanpa benih, tidalah pokok rambutan.
tetapi ALLAH itu maha pemurah terhadap hambanya, kalau seseorang itu baru berniat untuk melakukan kebaikan, dah berjalan akaun pahala untuk niat tu walaupun tak melakukan lagi perkara tu. tapi kalau mereka berniat untuk melakukan kejahatan, nescaya dosa tidak akan ditulis melainkan perkara itu dilakukan. hebat kan?
kalau dikaitkan pulak dalam undang-undang negara kita, hukuman jika melakukan kesalahan dengan niat dan tanpa niat atau tidak sengaja adalah berlainan. senang kan kalau nak tengok perkaitan niat ni? so, moga-moga tazkirah ringkas malam ini dapat sedikit sebanyak menerangkan kepentingan niat untuk kita semua. sebarang pertanyaan boleh diajukan di riangan komen entry ini. insyaAllah akan cuba dijawab.
UBM : tarikh tutup mengahntar asgment adalah tepat pukul 12 malam ini. selepas 12 malam ini tetap akan diterima..tetapi hanya sebagai “penambah perasa”.
17 comments:
sebelum memulakan sesuatu , hendaklah dimulai dengan niat dengan tulus dan ikhlas :)
haha. ade jgk smbg pnmbh perasa ;) cm meggi kari la plk ;) haha.. sy da hntr assignmnt ;) haha. smlm bwu j submit.. ;)
~law btol niat kite,maka btol la ape yg kita lakukan~
niat sy utk jd blogger berjaye, proff! yeahh.. nawaitu yg satu.. :)
btol tu ,
pape dimulai dgn niat .
bru sume bnda yg dilakukan berjalan lancar je ;)
dimulakan dengan bismillah...
disudahi dengan alhamdulillah...
mekaseh ngan tazkirah yang sangat berguna nie..
Jom terjah Entri baru !!
Siapa yang bersalah ??
iye... niat mendorong kita melakukan sesuatu, baik atau buruk.
saya dah siap =)
http://blog.syazwansarawak.com/2011/04/assignment-ubm-pentingnya-niat.html
betol tu prof,,semua yg kita buat berdasarkan niat..
boleh sumbangkan idea xuntuk tjuk tazkirah next jumaat??hehe
sumbangan amat dihargai :)
niat juga tak menghalalkan cara...
niat Manja hari ni adalah nak untuk menambah bilangan sahabat :)
cmne nk thu ad asaiment?
setelah berasa terharu dengan kelas agama ini~
aq berniat nak pergi sergah jantan-jantan dan betina-betina yang tengah sibuk buat projek dekat tasik~chow!
tapi,ingatlah,niat tak menghalalkan cara =)
http://www.dunialandax.com/
betul tu..smua nya datang dari niat.kalo niat tu baik..insyaallah..smuanya sempurna..
Kalau untuk dunia niatnya, dunialah dia dapat. Kalau untuk akhirat niatnya, akhiratlah dia dapat. Betul, prof?
Post a Comment