Thursday 5 May 2011

Tazkirah Malam Jumaat UBM | 1 Akidah 1 Ummah- Ustaz Jenggot





Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda dan para Sahabat r.anhum.

Setelah seminggu berlalu, kita bertemu lagi dalam entry santapan rohani (kalau boleh disantap la.. kalau disentap, harap maafin) pada malam Jumaat yang berkat ini.

Pada kali ini, Ustaz Jenggot terasa kepingin untuk membicarakan persoalan akidah yang merupakan asas kepada agama kita iaitu Islam. Baru beberapa hari, Ustaz Jenggot membaca di blog dan juga akhbar berkenaan seorang pelajar IPTA yang telah murtad dan kembali bertaubat. Walaupun ianya isu lapuk, tapi kita kena selalu beringat agar jangan sampai suatu hari nanti kita akan menganggap bahawa murtad itu sebagai satu budaya.. Macam gak budaya couple, kalau takde couple, orang akan pandang slack kat kita.. konon tak laku la, apa la.. Sebabnya bercouple itu sendiri telah menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Ustaz Jenggot risau, jika perkara ini dibiarkan, maka akan berlaku satu budaya yang mana orang-orang yang teguh beragama akan dipandang serong (sekarang pun dah nampak kesan2 tersebut), manakala para pelaku maksiat dan penjahat akan dipandang sebagai superhero.

Akidah ini adalah seumpama akar bagi pokok. Tanpa akar, mana mungkin pokok itu boleh hidup. Kalau pokok tu takde buah, boleh lagi hidup. Takde daun pun, bleh rilex lagi pokok tu hidup. Tapi, sebaik saja dipotong akar pokok itu, maka kelihatan la kesan2 kematian. Daun2 akan mula menjadi kuning dan kering seterusnya gugur.. Buah-buahan akan menjadi kecut. Kulit2 pokok akan mengering dan tertanggal.. sehingga akhirnya menjadi tunggul mati la gayanya.

Begitu la juga dengan agama. Akibat daripada kerosakan akidah ini sememangnya sangat besar. Tak kira la yang tak tanggal kopiah kat kepala ke, yang bertudung labuh ke, yang bertudung Yuna ke.. jika rosak akidah, maka pakaiannya itu takkan mampu untuk menyelamatkan dirinya.

Akibatnya, dengan kopiah2 itu la beliau sanggup melakukan maksiat.. dengan bertudung berjubah itulah beliau sanggup merakamkan aksi perzinaan.. Bukannya sebab takde ilmu agama, tapi disebabkan hati berpenyakit. Ianya berpunca daripada akidah yang kurang mantap dan berlubang sana-sini sehingga menjadi laluan highway 3 lane untuk syaitan keluar masuk ke hati tersebut.

Jika akidah seseorang itu mantap, maka datanglah apa juga ujian, insyaAllah beliau akan dapat menghadapinya dengan tenang dan tak menggelabah. Umpama pokok yang akarnya mencengkam kuat di dalam tanah, sekalipun pucuknya menjulang ke langit meliuk2 ditiup angin dan ribut, namun pokok itu tak tercabut disebabkan kekuatan akarnya itu.

Untuk memperteguhkan akidah ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Bayangkan Nabi s.a.w. sepanjang hayat Baginda melakukan dakwah untuk mengajak kepada keimanan dan memperkuatkan iman yang ada dalam diri para Sahabat Baginda. Sebab itu, walaupun ke mana saja Sahabat pergi, hati mereka tak terkesan dengan suasana. Sebaliknya, suasana sekeliling yang terkesan dengan kehadiran para Sahabat sehingga ramai yang memeluk Islam disebabkan tertarik dengan keteguhan iman dan kemolekan akhlak para Sahabat.

Oleh kerana akidah ini merupakan asas kepada agama, maka ianya perlu sentiasa ditingkatkan dari sehari ke sehari. Umpama permainan bola sepak. Adalah lebih baik bola itu sentiasa berada di kawasan lawan, kerana jika bola itu telah turun ke kawasan pertahanan, maka amat merbahaya bagi pasukan kerana bila2 masa saja ianya mampu membolosi pertahanan dan penjaga gol (walaupun penjaga gol itu adalah Khairul Fahmi Che Mat).

Pernah tak kita melihat bagaimana sesebuah bangunan itu disiapkan? Ketahuilah, bahawa jika bangunan yang akan dibina itu adalah setinggi 100 tingkat, maka foundation (asas – piling) juga adalah sedalam 100 tingkat. Sebab itu, KLCC tak mampu disiapkan dalam sehari. 

Jadi, untuk mempertingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan memperkukuhkan akidah kita, tak dapat tidak kita kena bermujahadah. Iaitu dengan menggunakan seluruh pancaindera kita untuk berfikir, melihat, mendengar dan bercakap tentang perkara2 yang boleh meningkatkan keimanan kita seperti melihat keindahan alam ciptaan Allah, memikirkan ciptaan Allah yang Maha Hebat, mendengar kisah2 yang meningkatkan keimanan dan juga memperbanyakkan percakapan yang menjurus kepada peningkatan iman (cerita kisah2 Nabi, kisah2 Malaikat, tentang Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar dsb).

Lakukanlah setiap hari secara istiqamah. InsyaAllah, hati kita akan dibentuk untuk cinta dan kasih terhadap agama Islam dan benci kepada kekufuran seperti mana kita benci dicampakkan ke dalam neraka. 

Semoga Allah memelihara iman dan akidah kita daripada merosakkan atau dirosakkan oleh anasir2 jahat dan rakus.

WA
Ustaz Jenggot

4 comments:

Shahrul Izwan said...

betul3..
kita semua kene tingkatkan akidah dan iman kita..
termasuk la saya! :)

alia kamal said...

saya setuju 100%!

semoga Allah meningkatkan iman kte semua dlm mengharungi dunia tanpa sempadan yg nk buat ape pon senang ni. amin.

aslann said...

"jika perkara ini dibiarkan, maka akan berlaku satu budaya yang mana orang-orang yang teguh beragama akan dipandang serong (sekarang pun dah nampak kesan2 tersebut)"

sangat setuju, sekarang bila melakukan perkara agama/perkara dituntut orang dah pandang pelik. pendapat para ulama' semua diketepikan demi kepentingan diri, paling ketara dalam politik.hurmm..

suha said...

entry neh best..hehehe bernas je =)

Students

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger