Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan Dari UBM

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!


Seperti sedia maklum, hampir berkurun kami tidak mengemaskini apa-apa berita dan post. Salam maaf dari kami kerana menghadapi beberapa masalah teknikal. Sehingga kini ada beberapa masalah yang masih belum dapat kami selesaikan, tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk membaiki masalah-masalah tersebut dan akan cuba mengemaskini post selepas ini. InsyaAllah!

Jadi bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Karim, InsyaAllah esok, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa! Ikhlaskan segala amal dan kebajikan dan banyakkan bersabar. Bersama kita menghayati dan menerapkan nilai-nilai murni dalam bulan yang penuh Rahmat dan Barokah ini. InsyaAllah!
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Sya'aban menjadi 30 hari." (Riwayat al-Bukhari)
Perbanyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan kerana doa orang yang berpuasa sangatlah makbul berdasarkan hadith,
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
 “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Subhanallah! Begitu besar taraf orang-orang yang berpuasa ini sehingga disamakan dengan darjat imam (pemimpin) yang adil dan orang-orang yang teraniaya. Doa orang yang berpuasa mustajab, tidak ditolak, didengar bahkan dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Bagi yang faham tentang hadith ini, seharusnya kita sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al-Karim ini. Ini juga bererti selama kita berpuasa 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan peluang doa kita akan dimakbulkan Allah SWT sangatlah luas! Justeru itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa.
Ya Allah masukkanlah kami ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan selamat
dari berbagai penyakit, hindarkan kami dari berbagai kesibukan dan hindarkan
pula dari rasa cepat mengantuk.

[Doa Ali bin Abi Thalib dalam rangka menyambut Ramadhan]
Sehingga kini, sekali lagi kami ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Salam sayang dari UBM krew. Winking smile 
.Pssst. Jangan lupe solat terawikh malam ni.

Thursday 26 May 2011

Tazkirah Malam Jumaat UBM | Antara Adat dan Adab - Ustaz Jenggot


Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah s.w.t., Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para Sahabat r.anhum.

Ustaz Jenggot bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk menulis di sini walaupun terpaksa skip dua minggu kerana beberapa masalah yang tak mampu dielakkan. 

Pada kali ini, Ustaz Jenggot ingin menyentuh satu isu berkaitan adat dan adab. Dua perkara yang nampak macam sama, tapi sebenarnya tak serupa. Juga takde berkaitan dengan pelanduk atau yang sewaktu dengannya. Namun, walaupun kedua-duanya berbeza, ia masih lagi berkaitan antara satu sama lain.

Adat merupakan sesuatu amalan yang biasanya dikaitkan dengan sesuatu bangsa.. Sebab itu, adat itu selalu dinisbahkan dengan sesuatu bangsa seperti adat orang Melayu, adat orang Cina, adat orang India dsb. Ianya bukanlah sesuatu daripada amalan agama yang mempunyai dalil daripada al-Quran mahupun hadis, sebaliknya ia merupakan amalan kebiasaan bagi sesuatu masyarakat / bangsa. Amalan membasuh kaki sebelum masuk ke rumah merupakan suatu adat orang Melayu. Begitu juga amalan Feng Shui, merupakan adat kaum Cina. 

Adab pula biasanya dikaitkan dengan sesuatu yg mempunyai sandaran daripada al-Quran mahupun hadis. Ianya banyak dijelaskan dalam kitab-kitab dan dimasukkan dalam kumpulan pengajaran akhlak Islam.

Sesuatu adat itu dibenarkan untuk diamalkan selagi ianya tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Umpamanya, jika seorang berjalan di belakang atau di hadapan tetamu, beliau membongkokkan badan dan meminta izin untuk lalu di hadapan tetamu. Ianya tiada masalah untuk diamalkan. Kecuali jika ia dikaitkan dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik. Contohnya meyakini jika tak bongkokkan badan dan meminta izin untuk lalu depan tetamu, akan mengelakkan daripada bencana dan sial, maka ketika itu ianya dilarang.

Begitu juga amalan Feng Shui. Tiada masalah untuk mempraktikkan amalan tersebut bagi bangsa Melayu (sekalipun ianya merupakan adat dan tradisi kaum Cina). Tetapi jika meyakini bahawa Feng Shui itu mampu menjadikan seseorang itu bernasib baik jika mempraktikkannya, atau bernasib malang jika tidak melakukannya, maka ianya jelas syirik dan bertentangan dengan keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar.

Oleh kerana bangsa Melayu ini melalui proses transformasi agama dan budaya yang pelbagai, maka tidak dapat tidak, adat Melayu banyak mencedok daripada adat dan budaya kaum lain. Sebab itu, masih wujud lagi budaya-budaya yang bertentangan dengan agama, yang masih kuat diamalkan oleh sesetengah orang Melayu dengan beranggapan ianya merupakan budaya nenek moyang. Sedangkan ianya merupakan amalan yang dicedok tanpa tapisan. Sijil Halal pun takde.

Maka itu, jangan tersilap dalam memahami sesuatu itu sebagai adat mahupun adab. Kalau tersilap faham, mungkin akan mengakibatkan kesilapan dalam praktikal.

Ustaz Jenggot biasa menerima e-mail, sms dan sebagainya daripada pelbagai pihak yang menyampaikan sesuatu perkara yang baik seperti tazkirah, kata-kata nasihat, maksud al-Quran, Hadis dsb. Ianya merupakan sesuatu yang sangat baik. Namun bila dikaitkan dengan arahan ringkas agar menyebarkan kepada sejumlah orang. Sekiranya dilakukan, maka dikatakan akan memperolehi pahala, kebaikan dsb. Jika tak disebarkan, maka akan dapat bala, bencana, wabak, kurap dsb.

Dari satu sudut, ianya nampak suatu amalan yg baik. Tapi dicampur pulak dengan amalan yang syirik (mempercayai adanya kuasa lain yg boleh memberi manfaat dan mudarat selain Allah). Maka, kalau dalam kaedah matematik, positif x negatif = negatif. Amalan yg bercampur dengan perkara syirik adalah ditolak.

Tak kira la kita melakukan sesuatu amalan yg berada dalam kategori adat mahupun adab, berhati-hatilah dengan kesyirikan yang mudah menyusup masuk ke dalam setiap amalan kita.

Semoga Allah memelihara kita daripada terlibat dengan perkara-perkara syirik dan yang boleh merosakkan akidah.

-ustaz jenggot 

Tuesday 24 May 2011

Salam Maaf Dari Kami

SALAM SEJAHTERA

Post pendek dari kami. Maaf di atas kelambatan pihak UBM sejak akhir-akhir ini. Semua disebabkan admin-admin UBM yang terlibat dengan pelbagai hal dan komitmen.

Gambar hiasan XD | Sumber : Flickr
Ya kami semua juga masih belajar seperti anda, kesibukan akhir semesta dengan pelbagai assigment dan peperiksaan akhir menjadikan kami agak sibuk dua tiga minggu ini. Kemasukkan ke IPTA juga sedikit sebanyak mempengaruhi masa antara admin UBM untuk meluangkan masa di UBM.

Walaubagaimanapun diharapkan anda terus menyokong UBM kerana sedikit masa lagi kami akan muncul dengan konsep dan wajah baru serta pemberian giveaway yang semestinya dinanti-nantikan oleh setiap ahli UBM. Aktiviti-aktiviti assignment di UBM masih berjalan, cuma prosesnya agak lambat sedikit. UBM masih beroperasi lagi yep! ^^, harap anda tidak salah faham disini. Jangan berputus asa! Teruskan menyokong UBM kerana kami lah IPTM pertama institusi tanpa tekanan ^^,

Sunday 15 May 2011

Bio Admins | Tak Kenal Maka Tak Cinta





SALAM SEJAHTERA.


posting kali ini bertemakan "tak kenal maka tak cinta". eh..bukan nk suruh bercinta dengan admin.bahaha! semenjak UBM dilancarkan admin tak pernah membuat penampilan agi kan. so,kali ni admin akan memperkenalkan diri memasing. jum tengok!





 




Nama : Mohd Aimman (EMANTHEHALIA)

Umur : 20



Sejak Bila Berblog : 4/2010 



Sebab Berblog : Pada asalnya mendapat galakkan dari A galak dan adiknya B monyok utk menghiburkan orang. Pengaruh2 dari artis utube barat. Disebabkan hajat tak kesampaian utk bervlog. Eman tampil dengan blog utk menghiburkan pembaca. InshaAllah dalam perancangan utk membeli DSLR utk memantapkan lagi Isi blog dan extra video. Ada apa dengan halia?









Nama : Mohd Taufiq Helios Othman

Umur : 23 years old


Sejak Bila Berblog : Februari 2010


sebab berblog : omg! susahnyer.. sebab minat kot...errr..dulu aku mula2 blog sbb ikot trend.nampak best je blog nih. tapi lama2 rasa best jadik penyampai blog nih. mcm2 aku bole sampaikan. kebolehan TYPO ak terutamanya. tapi sebab utama is aku ni jenid yang suke berkongsi..so,ape yang aku tawu..aku nk bekongsi dgn semua. dan itu sebab utama sekarang aku berblog. dan side income tuh pon ada gak la faktor mendorong aku.haha!!








Nama : Khairul Fikri (Kayif)

Umur : 21 tahun 2 bulan

URL Blog : www.kayif.com

Sejak Bila Berblog :  November 2010


Sebab Berblog : aku rasa dengan blog dapat meluahkan segala apa yang terbuku dihati dan diminda mengikut ketukan jari di keyboard bersama naluri dan pengalaman. hidup itu seni tagline diberi, ini melambangkan yang blog aku mempunyai pelbagai info dan pelbagai cerita untuk hiburan pembaca. semoga blog aku menjadi pilihan pembaca-pembaca semua.  








Nama : Zulsyamin Suhaimi

Umur: 20 thn


Sejak Bila Berblog : 2009-2011


Sebab Berblog : Semua orang ckp hobi. Aku pon. Bila dah lama dalam bidang ni, semua akan berubah. Inilah kronologi dalam hidup. Sentiasa mahukan yang terbaik. Pendapatan, Pendapat, Trafik, Kawan dan sebagainya sentiasa mengiringi perjalanan.








Nama : Mohd Azmir Shah Azmi

Umur : 20 Tahun



Mula Beblogging : May 2009


Sebab Berblogging : Hanya sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain.Aku tahu yang rakyat malaysia kurang gemar membaca penulisan fakta yang serius,jadi aku tuliskan dgn santai..Lagipun kebanyakan penulisan itu sekadar pengetahuan am yang org patut tahu..Secara tidak langsung,blog ini turut menjadi perpustakaan kepada diri aku sendiri yang kadang2 agak pelupa..hehe










Nama : Aslann As (Mazlan Md Nor) 

Umur : 22 tahun 7 bulan



Sejak Bila Berblog : Oktober 2008 


Sebab Berblog : Sebelum terciptanya idea Mark Zukerberg mencipta facebook, medium yg popular pd zaman dulu adalah friendster dan blog. Asalnya aku buat blog ni sekadar mengikut rakan2 berblog sbg medium utk berkongsi apa jua pengalaman dan perasaan. Sehingga kini, blog merupakan tempat aku coretkan apa sahaja yg aku suka especially repekan membina aku (membina ke?), pd masa yg sama, step by step aku cuba memberi anjakan dan kemajuan pada blog aku selaras dengan nama blog aku, one step forward. Selain tu aku jugak menyukai Lisa..muahaha.. 










Nama : Syazwan Syafiq bin Satria Sarawak 

Umur : 18 URL 


Sejak Bila Berblog : 2008-2011


Sebab BerBlog : mula menulis blog dalam english, macam cenderung ke arah penulisan. dah dua tahun blogging dalam english, berhenti untuk fokus spm. lepas spm, sambung blog balik, blog lama tergendala+hacked. kebetulan beli domain untuk buat business, alang2 buat blog sekali :D. sekarang ni blogging ke arah semi-personal di samping berkongsi ilmu yang ada di dada.












Nama : Muhammad Hasif Bin Zulkifli 

Umur : 20 tahun dan single 


Sejak Bila Berblog : 30.10.2010 (6Bulan)


sebab berblog :Sebabnya,awal2 lagi,aku ada blog,sebab best tengok orang ada blog gak, dulu awal2,series,tapi blog cam haram,so delete.. Nak cr nama blog, pergh, macm cari anak ibu yg hilang do! Lepas tu,bile aku sem 3,dekat umah sewa, aku start dengan series.. Tp,masih noob, sejak tu lah aku start buat penulisan sendiri.. masa awal2 aku suka COPY!! hahah.Sekarang aku tengah nak cari awek yg suke berblogging.. lalala.. Mai la kat aku wei..hahah!




UBM : nk detail lagi..tanya merek sendiri :)

Monday 9 May 2011

Assignment 3 UBM | Tafsiran Anda

SALAM SEJAHTERA.

alhamdulillah setelah selesai meeting dengan semua admin UBM, kali ini UBM akan kembali dengan rentetan assignment yang lebih menarik. tak dilupa slot GA yang akan dianjurkan insyaAllah kalau termampu.so nantikan la ye. erk! berbalik kepada topik utama, kali ini UBM akan memberikan assignment yang ketiga #3 yang pada kali ini bertemakan penafsiran. jum lihat keperluan.

  1. tiada sebarang banner perlu diletakkan.
  2. wujudkan satu entry bertajuk “assignment 3 UBM | Tafsiran Anda”
  3. anda hanya perlu memberi 3 pandangan/tafsiran yang tersirat di sebalik gambar dibawah. of course kena letakkan gambar dibawah di dalam entry anda. ini gambarnya :


app_full_proxy.php

       
4. setelah selesai, postkan link entry anda dalam ruangan komen. dan entry paling kreatif akan   dikongsikan brsama

Senarai Peserta Setakat Ini [amat menyedihkan T__T]
2. jia

DUE DATE :DITUTUP

UBM : nantikan GA yang bakal dilancarkan INSYALLAH

Thursday 5 May 2011

Tazkirah Malam Jumaat UBM | 1 Akidah 1 Ummah- Ustaz Jenggot





Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda dan para Sahabat r.anhum.

Setelah seminggu berlalu, kita bertemu lagi dalam entry santapan rohani (kalau boleh disantap la.. kalau disentap, harap maafin) pada malam Jumaat yang berkat ini.

Pada kali ini, Ustaz Jenggot terasa kepingin untuk membicarakan persoalan akidah yang merupakan asas kepada agama kita iaitu Islam. Baru beberapa hari, Ustaz Jenggot membaca di blog dan juga akhbar berkenaan seorang pelajar IPTA yang telah murtad dan kembali bertaubat. Walaupun ianya isu lapuk, tapi kita kena selalu beringat agar jangan sampai suatu hari nanti kita akan menganggap bahawa murtad itu sebagai satu budaya.. Macam gak budaya couple, kalau takde couple, orang akan pandang slack kat kita.. konon tak laku la, apa la.. Sebabnya bercouple itu sendiri telah menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Ustaz Jenggot risau, jika perkara ini dibiarkan, maka akan berlaku satu budaya yang mana orang-orang yang teguh beragama akan dipandang serong (sekarang pun dah nampak kesan2 tersebut), manakala para pelaku maksiat dan penjahat akan dipandang sebagai superhero.

Akidah ini adalah seumpama akar bagi pokok. Tanpa akar, mana mungkin pokok itu boleh hidup. Kalau pokok tu takde buah, boleh lagi hidup. Takde daun pun, bleh rilex lagi pokok tu hidup. Tapi, sebaik saja dipotong akar pokok itu, maka kelihatan la kesan2 kematian. Daun2 akan mula menjadi kuning dan kering seterusnya gugur.. Buah-buahan akan menjadi kecut. Kulit2 pokok akan mengering dan tertanggal.. sehingga akhirnya menjadi tunggul mati la gayanya.

Begitu la juga dengan agama. Akibat daripada kerosakan akidah ini sememangnya sangat besar. Tak kira la yang tak tanggal kopiah kat kepala ke, yang bertudung labuh ke, yang bertudung Yuna ke.. jika rosak akidah, maka pakaiannya itu takkan mampu untuk menyelamatkan dirinya.

Akibatnya, dengan kopiah2 itu la beliau sanggup melakukan maksiat.. dengan bertudung berjubah itulah beliau sanggup merakamkan aksi perzinaan.. Bukannya sebab takde ilmu agama, tapi disebabkan hati berpenyakit. Ianya berpunca daripada akidah yang kurang mantap dan berlubang sana-sini sehingga menjadi laluan highway 3 lane untuk syaitan keluar masuk ke hati tersebut.

Jika akidah seseorang itu mantap, maka datanglah apa juga ujian, insyaAllah beliau akan dapat menghadapinya dengan tenang dan tak menggelabah. Umpama pokok yang akarnya mencengkam kuat di dalam tanah, sekalipun pucuknya menjulang ke langit meliuk2 ditiup angin dan ribut, namun pokok itu tak tercabut disebabkan kekuatan akarnya itu.

Untuk memperteguhkan akidah ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Bayangkan Nabi s.a.w. sepanjang hayat Baginda melakukan dakwah untuk mengajak kepada keimanan dan memperkuatkan iman yang ada dalam diri para Sahabat Baginda. Sebab itu, walaupun ke mana saja Sahabat pergi, hati mereka tak terkesan dengan suasana. Sebaliknya, suasana sekeliling yang terkesan dengan kehadiran para Sahabat sehingga ramai yang memeluk Islam disebabkan tertarik dengan keteguhan iman dan kemolekan akhlak para Sahabat.

Oleh kerana akidah ini merupakan asas kepada agama, maka ianya perlu sentiasa ditingkatkan dari sehari ke sehari. Umpama permainan bola sepak. Adalah lebih baik bola itu sentiasa berada di kawasan lawan, kerana jika bola itu telah turun ke kawasan pertahanan, maka amat merbahaya bagi pasukan kerana bila2 masa saja ianya mampu membolosi pertahanan dan penjaga gol (walaupun penjaga gol itu adalah Khairul Fahmi Che Mat).

Pernah tak kita melihat bagaimana sesebuah bangunan itu disiapkan? Ketahuilah, bahawa jika bangunan yang akan dibina itu adalah setinggi 100 tingkat, maka foundation (asas – piling) juga adalah sedalam 100 tingkat. Sebab itu, KLCC tak mampu disiapkan dalam sehari. 

Jadi, untuk mempertingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan memperkukuhkan akidah kita, tak dapat tidak kita kena bermujahadah. Iaitu dengan menggunakan seluruh pancaindera kita untuk berfikir, melihat, mendengar dan bercakap tentang perkara2 yang boleh meningkatkan keimanan kita seperti melihat keindahan alam ciptaan Allah, memikirkan ciptaan Allah yang Maha Hebat, mendengar kisah2 yang meningkatkan keimanan dan juga memperbanyakkan percakapan yang menjurus kepada peningkatan iman (cerita kisah2 Nabi, kisah2 Malaikat, tentang Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar dsb).

Lakukanlah setiap hari secara istiqamah. InsyaAllah, hati kita akan dibentuk untuk cinta dan kasih terhadap agama Islam dan benci kepada kekufuran seperti mana kita benci dicampakkan ke dalam neraka. 

Semoga Allah memelihara iman dan akidah kita daripada merosakkan atau dirosakkan oleh anasir2 jahat dan rakus.

WA
Ustaz Jenggot

Wednesday 4 May 2011

Universiti Blogger Malaysia : Kongsi Entry bermanfaat anda bersama.



Salam semua ahli UBM. Kali ni pihak UBM ingin mengumpul semua entri yang bermanfaat untuk disharekan bersama di blog UBM. Kali ini mudah ringkas. Caranya:


  • Anda hanya perlu meletakkan link entri bermanfaat anda di ruang komen entri ini.
  • Segala info,tips dan tutorial berkenaan dunia blog juga diterima
  • Asalkan entri membawa manfaat kepada semua yang membaca.
  • Entri tips2 di alam maya dan alam nyata lagi bagus.

Sama2 berkongsi entri yang best. Sebagai satu tempat ptukaran entri kali ini. Terima Kasih yang sudi berkongsi entri anda di ruangan komen. Jasa anda dikenang. InshaAllah. Jika admin terpandang entri yang sangat bagus kami akan share bersama di fan pages. Peace.

Students

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger