Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan Dari UBM

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!


Seperti sedia maklum, hampir berkurun kami tidak mengemaskini apa-apa berita dan post. Salam maaf dari kami kerana menghadapi beberapa masalah teknikal. Sehingga kini ada beberapa masalah yang masih belum dapat kami selesaikan, tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk membaiki masalah-masalah tersebut dan akan cuba mengemaskini post selepas ini. InsyaAllah!

Jadi bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Karim, InsyaAllah esok, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa! Ikhlaskan segala amal dan kebajikan dan banyakkan bersabar. Bersama kita menghayati dan menerapkan nilai-nilai murni dalam bulan yang penuh Rahmat dan Barokah ini. InsyaAllah!
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Sya'aban menjadi 30 hari." (Riwayat al-Bukhari)
Perbanyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan kerana doa orang yang berpuasa sangatlah makbul berdasarkan hadith,
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
 “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Subhanallah! Begitu besar taraf orang-orang yang berpuasa ini sehingga disamakan dengan darjat imam (pemimpin) yang adil dan orang-orang yang teraniaya. Doa orang yang berpuasa mustajab, tidak ditolak, didengar bahkan dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Bagi yang faham tentang hadith ini, seharusnya kita sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al-Karim ini. Ini juga bererti selama kita berpuasa 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan peluang doa kita akan dimakbulkan Allah SWT sangatlah luas! Justeru itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa.
Ya Allah masukkanlah kami ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan selamat
dari berbagai penyakit, hindarkan kami dari berbagai kesibukan dan hindarkan
pula dari rasa cepat mengantuk.

[Doa Ali bin Abi Thalib dalam rangka menyambut Ramadhan]
Sehingga kini, sekali lagi kami ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Salam sayang dari UBM krew. Winking smile 
.Pssst. Jangan lupe solat terawikh malam ni.

1 comments:

eton said...

salam ramadhan...

Students

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger